Ahad, 21 September 2014 | 11:08am
ANGGOTA polis membuang undi pada proses pengundian pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil DUN N.01 Pengkalan Kubor di IPD Tumpat, hari ini. - Foto Fathil Asri

PRK Pengkalan Kubor: SPR terima 3 laporan kesalahan parti

TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga kini sudah menerima tiga laporan berkaitan kesalahan dilakukan parti yang bertanding sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor yang kini hanya berbaki empat hari lagi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata antara kesalahan dilakukan termasuk mempamer banting, kain rentang serta bendera yang tidak ada kaitan dengan parti yang bertanding.

Katanya, kesalahan itu membabitkan dua parti iaitu BN (Barisan Nasional) dan PAS," katanya ketika ditemui ketika mengadakan tinjauan proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat di sini, sebentar tadi.

Setakat hari ini, beliau berkata kempen masih berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekacauan dan pergaduhan berlaku.

"Ada juga kekacauan kecil berlaku ketika jentera parti terbabit dalam pemasangan bendera, tapi kita berjaya diselesaikan dengan baik, cara diplomasi," katanya.

Beliau turut menasihatkan jentera parti dan calon mematuhi undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan seperti yang disenaraikan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mengulas mengenai perjalanan pengundian awal hari ini, beliau berkata sehingga jam 10 pagi tadi, 81 peratus anggota polis sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, SPR juga tidak akan menutup lebih awal pusat pengundian biarpun jika semua anggota sudah menunaikan tanggungjawab mereka, sebaliknya pusat itu hanya akan ditutup tepat jam 3 petang ini.

Sementara itu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap tindakan parti yang menyerang keperibadian calon yang bertanding ketika berkempen.

Berita Harian X