Rabu, 29 Julai 2015 | 3:51pm
LOGO Nintendo dan watak permainan yang dipaparkan di sebuah kedai runcit elektronik di Tokyo. - Foto AFP

Nintendo untung bersih RM256 juta bagi fiskal pertama

TOKYO: Syarikat permainan video Jepun, Nintendo mengumumkan keuntungan bersih suku fiskal pertama syarikat itu hingga Jun sebanyak 8.28 bilion yen (RM256 juta).

Jumlah keuntungan itu disebabkan pasaran jualan meningkat sehingga 21 peratus.

Walaupun Nintendo baru kehilangan Ketua Eksekutifnya, Satoru Iwata, 55, akibat kanser awal bulan ini, ia tidak menjejaskan hala tuju syarikat untuk terus berdaya saing dan berkembang.

Nintendo menyatakan syarikat itu masih berada di landasan yang betul bagi mencatat keuntungan bersih sebanyak 35 bilion yen (RM1 bilion) dengan sasaran jualan sebanyak 570 bilion yen (RM17.6 bilion) hingga Mac 2016. - AFP

Berita Harian X