Sabtu, 1 Ogos 2015 | 4:14pm
ANGGOTA polis dikerah mengawal keadaan sekitar Kompleks beli belah Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman disebabkan peserta perhimpunan anjuran belia dan aktivis pelajar bertindak agrasif membakar mercun tanda bantahan. - Foto Zulfadhli Zulkifli
ANGGOTA polis menahan peserta perhimpunan anjuran belia dan aktivis pelajar yang bertindak agrasif di hadapan Kompleks beli belah Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Lebih 20 ditahan sertai himpunan haram depan Sogo

ANGGOTA polis dikerah mengawal keadaan sekitar Kompleks beli belah Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman disebabkan peserta perhimpunan anjuran belia dan aktivis pelajar bertindak agrasif membakar mercun tanda bantahan. - Foto Zulfadhli Zulkifli

KUALA LUMPUR: Polis menahan lebih 20 individu yang dipercayai terbabit melakukan hasutan bagi menentang demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan dalam satu perhimpunan di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, petang tadi.

Semua mereka didapati berkumpul sejak jam 2 petang dan melaungkan kata-kata hasutan menentang kerajaan di hadapan pusat beli-belah Sogo.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata pada mulanya pihak polis memberikan amaran sebanyak tiga kali kepada semua peserta supaya bersurai bagi mengelak mereka ditahan selain kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Sebaliknya mereka terus berdegil dan melaungkan kata-kata berbaur hasutan di khalayak ramai sehingga memaksa pihak polis menahan sebahagian besar daripada peserta terbabit.

"Tindakan mereka ini mengakibatkan aktiviti perniagaan harian oleh peniaga di kawasan berhampiran dan Sogo dan aktiviti orang ramai terjejas selain menyebabkan kesesakan lalu-lintas teruk," katanya ketika ditemui BH sebentar tadi.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X