Ahad, 2 Ogos 2015 | 1:24pm

Muhyiddin menghadap Sultan Johor petang ini

MUHYIDDIN diiring Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday (dua dari kiri) menaikkan bendera Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang di Dewan Pekan Rabu, Kluang. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
MUHYIDDIN diiring Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday (dua dari kiri) menaikkan bendera Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang di Dewan Pekan Rabu, Kluang. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, petang ini.

Mengikut sumber Istana, Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka tiba di Istana Bukit Serene sekitar jam 3.30 petang ini.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mengulas lanjut berhubung tujuan pertemuan itu diadakan.

Terdahulu, Muhyiddin hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang, pagi tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga dijangka mengadakan pertemuan bersama NGO Melayu di Johor jam 5 petang ini di sebuah hotel di Senai.

Pagi ini, Muhyiddin merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kluang. Ia adalah mesyuarat pertama yang dirasmikan Muhyiddin selepas digugurkan daripada Kabinet.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin sebelum ini membuat kenyataan tidak menghalang mana-mana bahagian untuk menjemput Muhyiddin merasmikan mesyuarat bahagian di negeri itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X