Ahad, 2 Ogos 2015 | 4:12pm

Muhyiddin tiba di Istana Bukit Serene

JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Bukit Serene, sebentar tadi untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu difahamkan memasuki Istana Bukit Serene, namun tidak menggunakan Gerbang Mahkota (laluan masuk utama) kira-kira jam 3.30 petang ini.

Difahamkan turut bersama beliau memasuki Istana Bukit Serene ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu, Muhyiddin hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang, pagi tadi.

Berita Harian X