Isnin, 3 Ogos 2015 | 11:28am

Sari Yanti cemas diganding dengan Aqasha

SARI yanti pertama kali bergandingan dengan aqasha dalam teater Hexa X Unus.
SARI yanti pertama kali bergandingan dengan aqasha dalam teater Hexa X Unus.

KUALA LUMPUR: Pertama kali ke pentas teater, pelakon genit Sari Yanti mengakui agak gementar dan cemas untuk melalui pengalaman baharu itu.

Tambahan pula teater Hexa X Unus arahan pelakon Amar Asyraf hanya menampilkan beliau mewakili pelakon wanita dan selebihnya pelakon lelaki antaranya seperti Aqasha, Kamal Adli, Wan Raja, Idzham Ismail dan Ungku Hariz.

Teater ini diilhamkan daripada sebuah filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul Enam Jahanam.

Ia akan menemui penonton di Kuash Theater, Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 6 hingga 9 Ogos ini.

Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kisah Kaisara itu, langkahnya ke pentas teater ini atas paksi mencabar diri dan belajar sisi baharu dunia lakonan.

"Memang saya tak pernah berlakon teater. Tapi saya nak mencuba dan kenapa tidak saya menerima tawaran itu. Lagipun teater ini ditangani teman baik saya sendiri, Amar Asyraf.

SARI yanti dan aqasha sedang berlatih untuk teater Hexa X Unus.
SARI yanti dan aqasha sedang berlatih untuk teater Hexa X Unus.

"Serba salah juga nak menolak. Iyalah namapun kawan. Pelakon yang lain memang saya sedia maklum sudah pernah berlakon teater dan ada di antara mereka yang didedikasikan hidup untuk berteater.

"Ikutkan latihan sudah diadakan lama. Saya sendiri memang berlatih tetapi tidak selalu kerana ada komitmen lakonan lain. Tambah pula ini gandingan sulung saya dengan Aqasha. Aqasha membawakan watak Tan Tari manakala saya sebagai Mas Merah. Keserasian antara kami belum berputik tapi insya-Allah ia akan wujud. Tambahan pula ketika latihan diadakan, jadual saya dan Aqasha bercanggah.

"Hanya baru-baru ini sahaja kami berlatih sama. Memang saya seperti berdepan serangan panik. Banyak juga ada berlawan dalam teater ini. Tapi insya-Allah semuanya diharap akan berjalan lancar. Saya tak menyesal menerima tawaran teater ini. Jangan lupa datang tengok,"katanya.

Teater Hexa X Unus mengisahkan mengenai pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku di Bandar Unus membabitkan ahli politik berprofil tinggi.

Seorang anggota polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu menyedari ia membawa kepada pendedahan yang lebih besar lagi.

Tiket dijual pada harga RM60 dan sebarang pertanyaan sila hubungi 012-6204045.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X