X
Selasa, 4 Ogos 2015 | 1:00pm

11 maut dalam kejadian bangunan runtuh dekat Mumbai

ANGGOTA penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat yang runtuh awal pagi tadi. - Foto ANI news
ANGGOTA penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat yang runtuh awal pagi tadi. - Foto ANI news

MUMBAI: Sebuah bangunan lama di luar Mumbai runtuh hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, menurut seorang pegawai penyelamat.

Anggota penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat yang runtuh awal pagi tadi di mana beberapa keluarga sedang tidur di dalamnya.

"Sebelas mayat sudah dikeluarkan dan tujuh mangsa dapat diselamatkan. Seorang lagi masih hilang," kata pegawai Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan, Alok Avasthy.

Bangunan itu runtuh kira-kira jam 2 pagi (8 pagi waktu Malaysia) di kawasan Naupada dekat Mumbai.

"Ia adalah struktur lama berusia 50 tahun dan kerajaan sudah mengisytiharnya tidak selamat dua tahun lalu tetapi masih didiadami orang ramai," kata Avasthy.

Berita Harian X