Rabu, 5 Ogos 2015 | 2:16pm

Bursa Malaysia kekal positif

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari seiring dengan sesetengah bursa Asia yang lain, ditingkatkan oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.61 mata atau 0.26 peratus kepada 1,728.34 selepas bergerak di antara 1,723.22 dan 1,729.91 sepanjang sesi.

MISC Bhd yang menerajui saham paling untung, menambah 28 sen kepada RM8.48 diikuti VS Industry yang naik 24 sen kepada RM6.01.

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 330 berbanding 293, manakala 310 kaunter tidak berubah, 866 tidak diniaga dan 13 lagi digantung.

Di peringkat serantau, Hang Seng Hong Kong naik 66.36 mata kepada 24,472.48, Nikkei 225 Jepun menokok 143.25 mata kepada 20,663.61 dan Straits Times Singapura naik 3.94 mata kepada 3,194.98.

Jumlah dagangan berada pada 557.12 juta saham bernilai RM481.47 juta.

Di papan skor, Indeks Emas FBM meningkat 30.16 mata kepada 11,894.73, Indeks FBMT100 menambah 30.35 mata kepada 11,582.18 dan Syariah Emas FBM naik 34.91 mata kepada 12,376.64. FBM Ace menokok 35.11 mata kepada 6,260.62 dan FBM 70 naik 31.55 mata kepada 12,781.57.

Di segi sektor, Indeks Perladangan menambah 1.21 mata kepada 7,358.47, Indeks Perusahaan menokok 21.66 mata kepada 3,296.71 dan Indeks Kewangan meningkat 51.28 mata kepada 15,477.16.

Di kalangan saham aktif, RGB untung satu sen kepada 14.5 sen, Sunway Construction menambah tiga sen kepada RM1.20 manakala Globaltec dan Pesona Metro tidak berubah masing-masing pada 5.5 sen dan 6.5 sen.

Di antara saham wajaran tinggi, Maybank untung satu sen kepada RM9.18, Public Bank tidak berubah pada RM19.16, TNB susut 10 sen kepada RM11.84 dan Axiata turun satu sen kepada RM6.43. - BERNAMA

Berita Harian X