Jumaat, 7 Ogos 2015 | 12:52pm
MPO akan membuat persembahan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 21 dan 22 Ogos ini jam 8.30 malam.
MPO akan membuat persembahan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 21 dan 22 Ogos ini jam 8.30 malam.

Dua orkestra terkenal bergabung di DFP

KOLABORASI terulung dua orkestra terunggul Kuala Lumpur bakal berkongsi pentas dalam konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.
KOLABORASI terulung dua orkestra terunggul Kuala Lumpur bakal berkongsi pentas dalam konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.

KUALA LUMPUR: Kolaborasi terulung dua orkestra terunggul Kuala Lumpur bakal berkongsi pentas dalam konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre.

Untuk pertama kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) akan membuat persembahan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (atau National Symphony Orchestra, NSO) pada 21 dan 22 Ogos ini jam 8.30 malam.

Kedua-dua orkestra bakal mempersembahkan sebuah program menarik yang merangkumi sebuah lagu patriotik malar segar, Tanah Pusaka (ciptaan Tan Sri Ahmad Merican), Les Preludes (ditulis oleh artis dari Hungary, Franz Liszt, pada tahun 1854 dan diinspirasikan dari sebuah sajak terkenal), karya agung Johannes Brahms yang berjudul Variations on a Theme by Haydn dan karya 'masterpiece' Antonin Dvorak, Symphony No.9, yang digelar From the New World.

MPO sudah membina reputasi gemilang sebagai salah sebuah orkestra terbaik di rantau Asia, dan terus mempesonakan khalayak di DFP setiap hujung minggu melalui pelbagai genre muzik dari klasikal, jazz, kontemporari ke pop.

MPO sudah membuat persembahan bersama artis tersohor dari serata dunia dan mengagumkan penonton di negara luar seperti Singapura, Jepun, Korea, China, Taiwan, Vietnam dan Australia.

MUSTAFA Fuzer Nawi.
MUSTAFA Fuzer Nawi.

Konduktor Residen Ciaran McAuley bakal memimpin MPO dalam persembahan ini manakala NSO pula bakal dipimpin oleh Pengarah Muzik Mustafa Fuzer Nawi.

Mustafa sendiri pernah bekerjasama dengan MPO di DFP pada tahun 2001 dan memimpin NSO dalam banyak persembahan yang meninggalkan kesan di Istana Budaya dan di negara luar seperti Jepun dan Sarajevo.

NSO tak ketinggalan pernah membuat persembahan bersama artis terunggul tempatan dan antarabangsa termasuk berkolaborasi dengan beberapa buah kedutaan.

Kepelbagaian budaya Malaysia juga menyumbang kepada pertumbuhan artistik NSO melalui repertoire muzik yang luas. NSO juga sudah melebarkan sayap dalam program pendidikan dan pertukaran budaya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan kedua-dua orkestra ternama Malaysia ini, hanya di DFP! ... untuk dua malam sahaja.

Tiket menonton Konsert New World Symphony: MPO & NSO' dijual pada harga RM150, RM120, RM90 dan RM60. Untuk maklumat lanjut layari www.mpo.com.my atau lihat perkembangannya di laman Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X