Sabtu, 8 Ogos 2015 | 11:53am

TPM kunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Damak Jaya, hari ini. - Foto BERNAMA

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Damak Jaya di sini.

Ketibaan beliau yang diiringi Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg disambut oleh Abdul Taib pagi ini.

Ahmad Zahid dan Abdul Taib kemudiannya mengadakan pertemuan tertutup selama kira-kira sejam.

Menteri Dalam Negeri itu tiba di Sarawak petang Khamis turut menghadiri majlis perjumpaan beliau bersama penjawat awam Sarawak dan sambutan Hari Raya di Stadium Perpaduan, Petra Jaya malam tadi. - BERNAMA

Berita Harian X