Sabtu, 8 Ogos 2015 | 9:47pm

EPL: United ketepikan Spurs untuk kutip mata penuh pertama

PEMAIN Tottenham, Erik Lamela (dua dari kanan) bertelagah dengan pemain Manchester United, Daley Blind dan Darren Staples (kanan) pada aksi Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Manchester United mengutip mata penuh pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2015/2016 selepas menundukkan Tottenham Hotspur, 1-0 di Old Trafford, di sini, sebentar tadi.

Gol kemenangan itu adalah jaringan sendiri oleh pertahanan skuad Spurs, Kyle Walker pada minit ke-22.

Ia berpunca daripada tindakan pemain itu cuba menghalang kapten United, Wayne Rooney daripada melakukan rembatan ke atas hantaran lintang Juan Mata di depan gawang.

Penjaga gol Spur, Michel Vorm tidak mampu untuk menepis jaringan itu untuk sekali gus menyaksikan puluhan ribu penyokong United di Old Trafford menjerit kegembiraan.

Apabila saingan separuh masa kedua disambung semula, Spurs cuba bangkit untuk memadam kelebihan tuan rumah termasuk melakukan beberapa gantian, namun Louis van Gaal tetap ceria di penghujung saingan apabila keputusan kekal memihak mereka sebaik wisel penamat dibunyikan pengadil.

Dalam pertemuan kedua-dua pasukan di gelanggang sama pada 15 Mac lalu, United catat kemenangan, 3-0.

SENARAI PEMAIN

MANCHESTER UNITED:

Pengurus : Louis van Gaal

Sergio Romero (gk), Memphis Depay, Juan Mata, Wayne Rooney, Chris Smalling, Michael Carrick, Daley Blind, Ashley Young, Luke Shaw, Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian.

Simpanan: Javier Chicarito Hernandez, Ander Herrera, Antonio Valencia, Bastian Schweinsteiger, Paddy McNair, Andreas Pereira, Sam Johnstone (gk).

Mason for Bentaleb

TOTTENHAM HOTSPUR

Pengurus: Mauricio Pochettino

Michel Vorm, Kyle Walker, Toby Alderweireld, Jan Vertonghen (c), Ben Davies, Nabil Bentaleb Dier, Nacer Chadli, Christian Eriksen, Mousa Dembele, Harry Kane

Simpan: Erik Lamela, Kieran Trippier, Tom Carroll, Kevin Wimmer, Dele Alli, Hugo Lloris dan Ryan Mason

Berita Harian X