Ahad, 9 Ogos 2015 | 10:32pm
PEMAIN West Ham United meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Arsenal dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN West Ham United meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Arsenal dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi. - Foto Reuters

EPL: West Ham cipta kejutan, jinakkan Arsenal di Emirates

LONDON: West Ham United membuat kejutan apabila menumbangkan Arsenal, 2-0, dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) kedua-dua pasukan di Stadium Emirates, di sini, sebentar tadi.

Kekalahan pemenang Piala Perisai Komuniti itu jelas memberi tamparan hebat kepada Arsene Wenger yang pasukannya sebelum ini dianggap pencabar utama kejuaraan liga musim ini.

Dalam aksi sengit itu, tuan rumah ketinggalan 1-0 menerusi jaringan Cheikhou Kouyate pada minit ke-43. Penyerang pelawat itu menanduk tepat hantaran lintang Payet yang melepasi jangkauan penjaga gol Arsenal, Peter Cech.

Pasukan bimbingan Wenger terus ketinggalan 2-0 pada minit ke-57 apabila Zarate tampil untuk menewaskan Cech buat kali kedua.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan bagi memastikan West Ham membawa pulang tiga mata berharga.

ARSENAL

Cech, Debuchy, Mertesacker, Koscielny, Monreal, Coquelin, Ramsey, Oxlade-Chamberlain, Ozil, Cazorla, Giroud

Simpanan: Ospina, Gibbs, Gabriel, Chambers, Arteta, Walcott, Alexis

WEST HAM

Adrian, Tomkins, Reid, Ogbonna, Cresswell, Oxford, Noble, Kouyate, Payet, Zarate, Sakho

Simpanan: Randolph, Collins, Poyet, Nolan, Jarvis, Lanzini, Maiga

Berita Harian X