Selasa, 23 September 2014 | 12:21pm
DATUK Seri Najib Razak melihat dari dekat Anugerah Hero STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang diterima isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia sasar 60 peratus pelajar ambil jurusan STEM - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran antarabangsa Global STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Alliance di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, hari ini. - Foto BERNAMA

NEW YORK: Menyedari pentingnya Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pembangunan generasi dan masa depan negara, Malaysia mensasarkan 60 peratus pelajarnya mengambil jurusan berkenaan.

Malah, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sudah menampakkan hasil apabila nisbah pelajar dalam bidang STEM dan bukan STEM kini mencapai 42:58 berbanding 25:75 pada tahun 2000.

Pencapaian Malaysia itu dikongsi Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada majlis pelancaran Perikatan STEM Global di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

DATUK Seri Najib Razak menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran antarabangsa Global STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Alliance di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

Perikatan itu adalah inisiatif Akademi Sains New York membabitkan lebih 70 kerajaan, syarikat, badan bukan kerajaan, universiti dan sekolah.

Penubuhannya bermatlamat membantu menyatukan penyertaan global dan memacu pendidikan STEM di seluruh dunia.

Perdana Menteri mengakui pelaburan dalam STEM membabitkan perbelanjaan besar, tetapi kerajaan tetap komited demi masa depan negara.

"STEM menjadi nadi kehidupan moden dan menjadi asas bagi kemakmuran negara. Survival dunia bergantung kepada STEM," katanya.

Berita Harian X