Jumaat, 14 Ogos 2015 | 4:42pm
KETUA Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Fuad Abd Latif

Kes kemalangan Op Selamat 2015 terburuk sejak 1994

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,458 kes kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang Op Selamat 7/2015 sempena Aidilfitri lalu, disifatkan sebagai yang terburuk sejak dilancarkan pada tahun 1994.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Fuad Abd Latif, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 330 kematian direkodkan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

"Jumlah kes kemalangan pada tahun ini meningkat sebanyak 1,974 kes berbanding Op Selamat 5/2014 tahun lalu.

"Kemalangan maut turut meningkat sebanyak 86 kes berbanding tempoh sama tahun lalu menjadikan Op Selamat tahun ini yang terburuk," katanya pada sidang di sini tadi.

Berita Harian X