Sabtu, 15 Ogos 2015 | 3:51pm
GJIE bersama isterinya Bella.

Gjie 6ixth Sense kini sah suami Bella


GJIE dan isteri setelah selesai majlis nikah.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, gitaris kumpulan 6ixth Sense, Gjie atau nama penuhnya, Mohd Faiz Azizi Arlis sah bergelar suami kepada Farah Nabila Selamat (Bella) sebentar tadi dalam satu majlis serba ringkas di Dewan Serbaguna Avenue Court Hall, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa Bella, Selamat Lembek disaksikan Imam Masjid Al Termizi, Ustaz Zulkfili Mohamad.

Gjie menyerahkan wang hantaran berjumlah RM10,000 dan mas kahwin yang mengambil simbolik tarikh hari ini bernilai RM158.15 (15.8.2015). Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang berbalas lima daripada pengantin perempuan.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berjalan seadanya. Insya-Allah saya akan pikul tanggung jawab baharu ini sebaik mungkin," kata Gjie.


DENGAN sekali lafaz, gitaris kumpulan 6ixth Sense, Gjie atau nama penuhnya, Mohd Faiz Azizi Arlis sah bergelar suami kepada Farah Nabila Selamat (Bella) sebentar tadi dalam satu majlis serba ringkas di Dewan Serbaguna Avenue Court Hall, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Gjie mengenali isterinya sejak empat tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Gjie ketika itu menuntut dalam jurusan muzik bagi tahun ketiga manakala Bella pula tahun kedua untuk jurusan penulisan kreatif. Mereka bertunang pada raya ketiga tahun lalu.

"Ikut perancangan saya nak kahwin umur 32 tahun. Tapi seru dan jodoh sampai awal. Kini saya baharu 30 tahun. Saya merancang nak kahwin ketika itu sebab nak beri tempoh membuat persediaan mengumpul aset sebelum bertanggungjawab kepada anak orang. Tak sangka pula saya jadi anggota pertama 6ixth Sense yang kahwin dahulu. Sudah nama pun jodoh," katanya.

Pasangan ini akan diraikan sekali lagi di sebuah majlis resepsi di sebuah dewan komuniti di Pantai Hillpark pada 4 Oktober depan.

Berita Harian X