Sabtu, 15 Ogos 2015 | 8:28pm

40 pendatang maut dalam bot akibat sesak nafas


IMEJ dirakam dari video yang disediakan oleh Tentera Laut Itali (Marina Militare), menunjukkan Tentera Laut Itali RIB menyelamatkan pendatang dari sebuah bot nelayan, di luar pantai Libya. Sekurang-kurangnya 40 pendatang maut selepas sesak nafas dalam bot yang membawa mereka ke Eropah, menurut tentera laut Itali. - Foto Marina Militare/AP

ROME, Itali: Lebih 40 pendatang maut di Laut Mediterranean hari ini, selepas sesak nafas dalam bot yang membawa mereka ke Eropah, menurut tentera laut Itali.

"Operasi masih dijalankan... banyak pendatang di dalam bot berjaya diselamatkan. Sekurang-kurangnya 40 mati," menurut pihak berkuasa itu di Twitter.

Sementara itu, akhbar tempatan, Corriere della Sera melaporkan kebanyakan mereka yang meninggal dunia itu ditemui di ruang kargo kapal.

Menurut akhbar itu lagi, bot yang berjaya dipintas pihak berkuasa di selatan Pulau Lampedusa, Itali itu membawa kira-kira 300 orang pendatang.

Sebuah helikopter tentera laut Itali mengesan bot yang penuh sesak dan kelihatan mula tenggelam di kedudukan kira-kira 21 batu nautika di luar pantai Libya," menurut seorang wartawan televisyen Itali, RaiNews.

Sebuah kapal tentera laut Itali dihantar ke lokasi kapal terbabit untuk menghantar bantuan pada jam 7 pagi waktu tempatan (0500 GMT).

Pendatang yang selamat dari melalui persimpangan berliku di Libya itu sering menceritakan kesukaran yang mereka terpaksa lalui ketika perjalanan.

Penyeludup menyembunyikan pendatang di ruang kargo bot. - AFP

54 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »