Ahad, 16 Ogos 2015 | 5:55pm

Saya sedia ditegur asalkan secara beradab - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut oleh orang ramai pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gerik, sebentar tadi. - Foto BERNAMA

GERIK: Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau sedia ditegur asalkan teguran dibuat secara beradab.

Beliau berkata, setiap ahli parti mesti berpegang kepada disiplin parti dalam membuat teguran dengan melakukannya secara tertutup atau bersemuka dengannya bagi mendapatkan penjelasan.

Katanya, setiap ahli juga perlu menjunjung institusi Presiden parti dan Perdana Menteri demi kelangsungan parti dan negara.

Malah dengan berpegang kepada disiplin parti, katanya barulah UMNO menjadi parti yang kuat.

"Kalau ada displin baru parti kuat. Saya tak kata saya tak boleh ditegur tetapi tegurlah cara beradap kerana ini prinsip dalam parti UMNO dan bila kita keluarkan pendapat mesti ada fakta dan asas," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gerik, di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X