Ahad, 16 Ogos 2015 | 7:25pm

Pesawat Trigana terputus hubungan jam 2.55 petang: Barata

PESAWAT Trigana Air IL 267 dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di ruang udara Papua. - Foto fail EPA

JAKARTA: Pesawat Trigana Air IL 267 dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di ruang udara Papua sebentar tadi.

Ketua Jabatan Udara Kemenhub, JA Barata, berkata pesawat itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Sentani, Jayapura menuju ke Lapangan Terbang Oksibil, Papua.

Katanya, pesawat itu membawa 49 penumpang termasuk dua bayi dan lima kru.

"Pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.55 petang (waktu tempatan).

"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah dikerahkan ke lokasi terakhir pesawat dikesan tetapi pasukan SAR berdepan dengan masalah cuaca buruk," katanya.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sentani, Jayapura pada jam 2.22 petang (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Oksibil pada jam 3.04 petang (waktu tempatan).

Pesawat itu membawa 49 penumpang termasuk dua bayi dan lima kru. - DETIKNEWS

Berita Harian X