Selasa, 18 Ogos 2015 | 11:31am

Nahas Trigana Air: 38 mayat ditemui

TIMBALAN Operasi Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat (BASARNAS) Indonesia, Heronimus Guru (kiri) dan Pengarah Operasi dan Latihan, Ivan Ahmad Rizki menunjukkan gambar lokasi kemalangan pesawat Trigana Air yang terhempas pada sidang akhbar di Jakarta, Indonesia. - Foto EPA

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui 38 mayat dalam bangkai pesawat Trigana Air yang terhempas bersama 54 penumpang dan anak kapal kelmarin, menurut ketua Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS).

"Terdapat 37 mayat orang dewasa dan seorang kanak-kanak," kata Bambang Soelistyo kepada Reuters menerusi pesanan ringkas selepas pasukan itu tiba di lokasi pesawat terhempas.

Tiada maklumat berhubung 16 lagi mangsa yang berada dalam pesawat berkenaan. - Reuters

Berita Harian X