Rabu, 19 Ogos 2015 | 6:47pm

Trigana Air: PM ucap takziah kepada waris mangsa

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa pesawat penumpang Trigana Air yang terhempas di daerah Pergunungan Bintang di Papua, Ahad lalu.

itu.

"Penemuan pesawat Trigana Air semalam dengan tiada orang yang terselamat menandakan satu lagi tragedi penerbangan. Takziah saya kepada keluarga dan rakan-rakan mereka," twit Najib.

Semua 54 penumpang dan kru pesawat twin-turbo ATR 42-300 itu terkorban.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat mangsa semalam, termasuk mayat lima anggota kru penerbangan komersial

Media Indonesia menyebut timbalan pengarah operasi Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Heronimus Guru sebagai berkata pasukan itu sedang berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan pergunungan yang berhutan itu.

- BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X