Sabtu, 22 Ogos 2015 | 12:01am

Gila Baby terbitan GBSB sapu bersih 5 kategori Anugerah Lawak Warna 2015

TENGKU Iesta daripada Filem Gila Baby pemenang Filem Komedi Terbaik menerusi Anugerah Lawak Warna di MAEPS. - Foto Mohd Khairulhelmy

SERI KEMBANGAN: Lima kategori yang dipertandingkan untuk filem Gila Baby terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) menerusi penganjuran Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW 2015) dibolot filem berkenaan.

GBSB mengulangi kejayaan sama seperti tahun lalu.

Kategori yang dimenangi ialah Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem), Pengarah Komedi Terbaik serta Lakon Layar dan Skrip Terbaik.

Keputusan diumumkan malam tadi yang bersiaran langsung dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Tahun lalu menerusi anugerah yang sama, GBSB menerusi filem Sejoli mengungguli ALW 2014 apabila dipilih Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Bront Palarae), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin), Pengarah Filem Komedi Terbaik (Osman Ali), selain menang trofi Skrip Komedi Terbaik Filem dan Lakon Layar Komedi Terbaik Filem.

Antara pemenang lain ialah turut menyerlah menerusi tiga kategori ialah telefilem Jihan Nak Buat Rumah Terbuka yang memenangi kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik , Pengarah Komedi Terbaik, Telefilem Komedi Terbaik. Pelakon dan pelawak A R Badul turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri.

ALW 2015 kembali untuk edisi yang ketiga dengan membawakan tema 'Celebration' menampilkan tiga hos, Datuk AC Mizal bergandingan bersama Sherry Alhadad dan Zulin Aziz selaku peneraju acara.

Kategori Terbaik

Filem Komedi Terbaik

Gila Baby - Grand Brilliance

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

Beto Kusyairy - Gila Baby

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

Nadiya Nisaa - Gila Baby

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

Sharnaaz Ahmad - Suamiku Encik Sotong

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri

Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB)

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri

Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)

Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures

Telemovie Komedi Terbaik

Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)

Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)

Mazlan Manan - Cinta kedua

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

Khabir Bhatia - Gila Baby

Pengarah Komedi Terbaik (TV)

Syed Khairul Farez - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

Sepahtu

Pengacara Lawak TV Paling Popular

Datuk AC Mizal

Artis Lawak Wanita Paling Popular

Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular

Jep Sepahtu

Anugerah Khas

Anugerah Khas Juri: A R Badul

Berita Harian X