Ahad, 23 Ogos 2015 | 11:50am

Sheera Iskandar, anak pelakon Aznah Hamid nikah malam tadi


SAH sudah ikatan Sheera Iskandar dan Doul Harun sebagai suami isteri, malam tadi. - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Anak pelakon lama, Aznah Hamid iaitu Sheera Iskandar, sah bergelar isteri kepada chef Doul Harun malam tadi di Ara Damansara.

Upacara akad nikah berwalikan bapa Sheera, Tengku Iskandar Tengku Ahmad. Majlis dihadiri tetamu sekitar 200 orang.

"Alhamdulillah semuanya selamat berlangsung. Majlis akad nikah dihadiri keluarga terdekat sahaja. Insya-Allah nanti kalau jadi, majlis resepsi kita akan jemput dijangka tahun depan," katanya kepada BH Online sebentar tadi.


MEMPELAI bersama ibu tercinta masing-masing. - Foto Instagram

Sheera menerima mas kahwin sebanyak RM1,000. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan. Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah yang sama oleh pihak pengantin perempuan.

Pasangan sama padan ini bermula sebagai kawan sejak empat tahun lalu dan siapa sangka terbit rona cinta antara mereka dalam tempoh itu. Mereka juga belum merancang tempat untuk berbulan madu.

Berita Harian X