Khamis, 27 Ogos 2015 | 12:28pm

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap penceramah bebas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penceramah bebas dan pasangannya, Umi Masjuri Hassan selepas mereka gagal hadir pada prosiding sebutan kali pertama kes tuduhan khalwat, dua tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain turut memerintahkan waran tangkap dikeluarkan kepada penjamin pasangan itu, Mohd Zainuddin Abdul Yamin yang juga gagal hadir pada prosiding hari ini.

Bagaimanapun tertuduh ketiga, Masbellinda Hassan, 21, yang turut menghadapi tuduhan sama, dan hadir pada hari ini dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes.

Berita Harian X