Sabtu, 29 Ogos 2015 | 2:58pm

Hubungan Qi Razali dan Nelydia Senrose retak?

STATUS yang dimuat naik Qi Razali (kiri) dan Nelydia Senrose di laman sosial mencetuskan tanda tanya.

KUALA LUMPUR: Status yang dimuat naik Qi Razali dan kekasihnya, Nelydia Senrose di laman sosial mencetus tanda tanya seolah olah membayangkan yang hubungan mereka kini seperti sudah retak menanti belah.

Dilihat agak sedikit terbuka sebelum ini pastinya status "jiwa kacau" itu mampu menimbulkan pelbagai persoalan.

Usaha menghubungi kedua mereka belum berjawab. Tetapi berdasarkan status yang dimuat naik di laman Twitter Qi contohnya ia seakan jelas menyerlahkan bahawa mereka sudah tidak sehaluan.

"Hal ini bukan mudah. Pastinya bahagian yang menyakitkan. Tetapi kita harus move on. Inilah kehidupan," ungkapan Qi di Twitternya.

Sementara itu, Nelydia pula memuat naik kata-kata memberi semangat kepada diri yang perlu menjadi wira kepada apa yang bakal dilalui.

"Kadang kadang anda perlu menjadi wira terhadap diri sendiri dan selamatkan hati anda kerana kadang-kadang orang yang kita rasa tak boleh hidup tanpanya boleh hidup tanpa kita," luah Nelydia di laman Instagram.

Berita Harian X