Sabtu, 29 Ogos 2015 | 6:34pm

Kejohanan Dunia: Bolt, Gatlin berentap lagi malam ini

JUSTIN Gatlin (kiri) dan Usain Bolt. - Foto Reuters

BEIJING: Usain Bolt berpeluang menambah emas ketiganya pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, selepas Jamaica mara ke final acara 4 X 100 lari berganti-ganti, di Stadium Sarang Burung, di sini, sebentar tadi.

Gandingan Jamaica yang merangkumi Nesta Carter, Asafa Powell, Rasheed Dwyer dan Nickel Ashmeade mencatatkan 37.41 saat - 10 terpantas di dunia setakat ini - untuk memenangi acara separuh akhir meninggalkan pesaing terdekat, Perancis dan China yang mencatat 37.92 saat untuk rekod Asia.

Ini bermakna Bolt yang sudah menewaskan pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin menerusi acara 100 dan 200 meter, berpeluang memenangi emas ketiga dengan menggantikan rakannya di final pada jam 8.45 malam ini.

Kuartet AS selaku pesaing utama Jamica yang merangkumi Gatlin, Trayvon Bromell Tyson Gay dan Michael Rodgers turut mara dengan catatan masa 37.91 saat.

Kali terakhir dua negara ini berentap adalah pada Kejohanan Lari Berganti-Ganti Dunia di Bahamas pada Jun lalu yang dimenangi pasukan AS.

Jamaica yang ditunjang oleh Bolt memenangi semua kejuaraan Olimpik dan dunia sejak temasya Olimpik 2008 di sini, dan kejayaan di Stadium Sarang Burung, malam ini, sudah pasti akan meletakkan negara itu sebagai legenda bagi acara ini.

INFO

Keputusan separuh akhir 4 X 100 meter lari berganti-ganti

1. Jamaica N.Carter/A.Powell/R.Dwyer/T.Tracey 37.41 Q

2. Perancis E.Biron/C.Lemaitre/G.Anouman/J.Vicaut 37.88 Q

3. Amerika Syarikat. T.Bromell/J.Gatlin/T.Gay/M.Rodgers 37.91 Q

4. China Mo Y X/Xie/Su/Zhang 37.92 Q

5. Antigua and Barbuda C.Walsh/D.Bailey/J.Jarvis/M.Francis 38.01 Q

6. Kanada G.Smellie/A.De Grasse/B.Rodney/A.Brown 38.03 Q

7. Britain R.Kilty/H.Aikines-Aryeetey/J.Ellington/D.Talbot 38.20 Q

8. Belanda S.Bockarie/P.van Luijk/L.Bonevacia/H.Paulina 38.41

9. Jerman J.Reus/S.Knipphals/A.Kosenkow/A.Menga 38.57 Q

10. Jepun K.Oseto/K.Fujimitsu/T.Nagata/K.Taniguchi 38.60

11. Ukraine R.Kravtsov/S.Smelyk/V.Suprun/V.Korzh 38.79

12. Bahamas W.Fraser/S.Hart/E.McBride/T.Smith 38.96

* Q - layak ke final malam ini

Berita Harian X