Ahad, 30 Ogos 2015 | 8:16pm

Olahraga Dunia: Molitor raih emas rejam lembing, ranap harapan China

ATLET Jerman, Kathrina Molitor merangkul pingat emas acara merejam lembing wanita. - Foto AFP

BEIJING: Atlet Jerman, Kathrina Molitor merangkul pingat emas acara merejam lembing wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, sebentar tadi.

Dia melakukan rejaman sejauh 67.69 meter pada cubaan terakhir bagi meranapkan harapan wakil tuan rumah China, Huihui Lyu untuk berpuas hati dengan perak menerusi catatan sejauh 66.13 meter.

Pingat gangsa milik atlet Afrika Selatan, Sunette Viljoen dengan rejaman sejauh 65.79 meter. - AFP

Berita Harian X