Ahad, 30 Ogos 2015 | 9:21pm

Olahraga Dunia: AS menang 4x400 lari berganti-ganti lelaki kali keenam

(DARI kiri) Lashawn Merritt, Bryshon Nellum, Tony McQuay dan David Verburg meraikan kemenangan mereka dalam acara berpasukan 4x400 lari berganti-ganti pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Sarang Burung, sebentar tadi. - Foto EPA

BEIJING: Pelari veteran, Lashawn Merritt menggunakan pengalamannya untuk membantu Amerika Syarikat (AS) memenangi pingat emas acara berpasukan 4x400 lari berganti-ganti pada Kejohanan Olahraga Dunia di sini, sebentar tadi.

Ini adalah kejayaan keenam berturut-turut dicapai oleh negara berkenaan pada temasya kejohanan dunia.

Gandingan David Verburg, Tony McQuay, Bryshon Nellum dan Merritt mencatatkan masa dua minit 57.82 saat untuk memanjangkan penguasaan negara mereka sejak di Helsinki pada 2005

Pingat perak menjadi milik pasukan Trinidad dan Tobago dengan masa 2:58.20 manakala Britain mendapat gangsa (2:58.51). - AFP

Berita Harian X