Ahad, 30 Ogos 2015 | 10:43pm

MotoGP: Valentino Rossi menang MotoGP British

LONDON: Pelumba Itali, Valentino Rossi memenangi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) British di Litar Silverstone di sini, sebentar tadi.

Ia adalah kejuaraan keempat dimenanginya pada musim ini, sekali gus melonjakkan pada kedudukan teratas senarai pelumba kejohanan dunia.

Dalam suasana litar basah itu, Rossi yang menunggang Yamaha mudah menewaskan pencabar terdekat, dua pelumba Ducati, Danilo Petrucci di tempat kedua dan Andrea Dovizioso (ketiga)

Bermula dari petak keenam, Rossi menggunakan segala pengalamannya untuk menguasai perlumbaan dan sekali gus meraih kejuaraan dunia kesembilan buat dirinya.

Penyandang juara, Marc Marquez daripada Sepanyol menerima malang, meskipun menduduki petak pertama pada garis permulaan, apabila gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh tatkala tinggal lapan pusingan lagi untuk ditamatkan. - AFP

KEPUTUSAN MOTOGP BRITISH

MOTOGP

1. Valentino Rossi, Itali, Movistar Yamaha MotoGP, 46 minit, 15.617 saat, 153 kph.

2. Danilo Petrucci, Itali, Octo Pramac Racing, 46:18.627.

3. Andrea Dovizioso, Itali, Ducati Team, 46:19.734.

4. Jorge Lorenzo, Sepanyol, Movistar Yamaha MotoGP, 46:21.343.

5. Dani Pedrosa, Sepanyol, Repsol Honda Team, 46:26.749.

6. Scott Redding, England, Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, 46:41.084.

7. Bradley Smith, England, Monster Yamaha Tech 3, 46:42.334.

8. Andrea Iannone, Itali, Ducati Team, 46:45.010.

9. Aleix Espargaro, Sepanyol, Team Suzuki Ecstar, 46:54.432.

10. Alvaro Bautista, Sepanyol, Aprilia Racing Team Gresini, 46:57.329.

MOTO2

1. Johann Zarco, France, Ajo Motorsport, 42 minutes, 53.674 seconds, 148.5 kph.

2. Alex Rins, Sepanyol, Paginas Amarillas HP 40, 42:57.034.

3. Tito Rabat, Sepanyol, Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, 42:59.201.

4. Alex Marquez,Sepanyol, Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, 43:00.163.

5. Jonas Folger, Jerman, AGR Team, 43:01.902.

6. Sam Lowes, England, Speed Up Racing, 43:21.935.

7. Anthony West, Australia, QMMF Racing Team, 43:27.576.

8. Sandro Cortese, Jerman, Dynavolt Intact GP, 43:27.613.

9. Thomas Luthi, Switzerland, Derendinger Racing Interwetten, 43:28.563.

10. Ricard Cardus, Sepanyol, JPMoto Malaysia , 43:28.758.

KEDUDUKAN MOTOGP (selepas 12 perlumbaan)

1. Valentino Rossi, Itali, 236 points.

2. Jorge Lorenzo,Sepanyol, 224.

3. Marc Marquez, Sepanyol, 159.

4. Andrea Iannone, Itali, 150.

5. Andrea Dovizioso, Itali, 120.

6. Bradley Smith, England, 115.

7. Dani Pedrosa, Sepanyol, 102.

8. Danilo Petrucci, Itali, 83.

9. Pol Espargaro, Sepanyol, 81.

10. Cal Crutchlow, England, 74.

KEDUDUKAN MOTO2 (selepas 12 perlumbaan)

1. Johann Zarco, Perancis, 249 mata.

2. Alex Rins, Sepanyol, 164.

3. Tito Rabat, Sepanyol, 161.

4. Sam Lowes, England, 128.

5. Thomas Luthi, Switzerland, 125.

6. Jonas Folger, Jerman, 102.

7. Xavier Simeon, Belgium, 92.

8. Franco Morbidelli, Itali, 84.

9. Dominique Aegerter, Switzerland, 62.

10. Alex Marquez, Sepanyol, 62.

MOTO3 (selepas 11 perlumbaan)

1. Danny Kent, England, 199 mata

2. Enea Bastianini, Itali, 154.

3. Romano Fenati, Itali, 122.

4. Miguel Oliveira, Portugal, 111.

5. Efren Vazquez, Sepanyol, 109.

6. Brad Binder, Afrika Selatan, 99.

7. Niccolo Antonelli, Itali, 94.

8. Fabio Quartararo, Perancis, 79.

9. Isaac Vinales,Sepanyol, 75.

10. Jorge Navarro, Sepanyol, 72.

-AP

Berita Harian X