Isnin, 31 Ogos 2015 | 8:22am

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2015

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah Hamidun memberi tabik hormat sejurus tiba dipentas kenamaan menjelang perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan 2015 di Dataran Merdeka, hari ini. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-58, di Dataran Merdeka, pagi ini.

Ketibaan baginda berdua pada tepat jam 8 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum diiringi ke pentas utama.

Lagu Negaraku dinyanyikan disusuli persembahan kumpulan pancaragam.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan Menteri Kabinet, ahli politik serta wakil kedutaan hadir pada acara berkenaan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi tabik hormat sejurus tiba di pentas kenamaan menjelang perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan 2015 di Dataran Merdeka, hari ini. - Foto Khairull Azry Bidin

Ribuan rakyat pelbagai lapisan umur dan kaum hadir memeriahkan sambutan tahunan itu yang menyaksikan pelbagai acara dan persembahan patriotik disusun untuk dipertontonkan buat pengunjung yang hadir.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X