Isnin, 31 Ogos 2015 | 4:13pm

JAIM tahan 12 pasangan dalam Ops Ambang Merdeka


ANTARA pasangan yang ditahan dalam operasi mengejut Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel bajet sekitar bandaraya Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 12 pasangan kekasih dalam Ops Ambang Merdeka awal pagi tadi di sembilan hotel bajet di sekitar negeri ini kerana disyaki bersekedudukan.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata 24 individu tersebut berusia antara 19 hingga 42 tahun ditahan di Klebang, Taman Merdeka dan Kampung Lapan i dalam operasi lebih lima jam yang berakhir pada 4.30 pagi tadi.

"Antara yang ditahan ialah tiga wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka dibawa ke pejabat JAIM di Bukit Palah untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 sebelum dibenarkan ikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Katanya, semua mereka juga akan menjalani sesi kaunseling.

- BERNAMA

Berita Harian X