Khamis, 3 September 2015 | 12:12pm

Tiada jambatan runtuh dekat Sogo, hanya nahas tiga kereta - Bomba

KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan, van, kereta dan sebuah motosikal di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, pagi tadi. Sebuah kenderaan kemudiannya terbakar menyebabkan pemandu van dan penunggang motosikal cedera. - Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat menafikan nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuching menghala ke Dataran Merdeka pagi tadi adalah disebabkan oleh runtuhan jambatan berdekatan pusat beli-belah Sogo.

"Kejadian berlaku berhampiran jambatan baru dan tidak mengalami sebarang runtuhan jambatan di lokasi seperti yang diterima dan diviralkan di laman sosial," menurut satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, sebuah kereta Honda Civic merempuh sebuah van dan seorang penunggang motosikal, menyebabkan pemandu van dan penunggang motosikal cedera.

Nahas itu juga mengakibatkan kesesakan jalan hampir dua jam dan menyebabkan dua lorong terhalang.

Menurut kenyataan itu, pihak bomba Titiwangsa menerima panggilan pada jam 8.17 pagi dan satu jentera membabitkan lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Berita Harian X