Selasa, 8 September 2015 | 1:42pm

Saham KL rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.47 mata kepada 1,579.38 ketika mengakhiri sesi pagi dalam dagangan berhati-hati, kata peniaga.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 335 berbanding 280, 259 kaunter tidak berubah, 939 tidak didagangkan manakala 18 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 868.37 juta saham bernilai RM599.48 juta.

Peniaga berkata, segelintir pelabur lebih mengutamakan pembelian secara terpilih namun dagangan masih berhati-hati menjelang keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) minggu depan serta kebimbangan mengenai pertumbuhan di China.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 23.43 mata kepada 10,818.18, Indeks FBMT100 merosot 23.87 mata kepada 10,557.30 manakala Indeks Syariah FBM Emas turun 20.52 mata kepada 11,345.54.

FBM Ace menokok 22.55 mata kepada 5,187.34 manakala FBM 70 susut 28.48 mata kepada 11,551.75.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 8.21 mata kepada 6,790.97 manakala Indeks Perindustrian merosot 8.83 mata kepada 3,029.72 dan Indeks Kewangan turun 1.13 mata kepada 13,895.98.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok lima sen kepada RM8.43, Public Bank naik dua sen kepada RM17.80 manakala TNB dan Axiata masing-masing tidak berubah pada RM11.00 dan RM5.86.

Antara saham aktif termasuk Media Shoppe dan IFCA MSC yang tidak berubah dan masing-masing pada 14 sen dan 75.5 sen manakala Tiger Synergy menokok setengah sen kepada 8.5 sen dan CSL naik dua sen kepada 9.5 sen.

British American Tobacco mendahului saham paling untung dengan menokok 50 sen kepada RM60.52 manakala kaunter paling rugi adalah Apex Healthcare yang susut 31 sen kepada RM3.88.

Selain itu, Bursa Malaysia Securities Bhd mengemukakan pertanyaan kegiatan luar biasa kepada Key Asic Bhd berikutan kenaikan harga saham syarikat itu hari ini.

Pada tengah hari, harga saham Key Asic naik lima sen atau 30.3 peratus kepada 21.5 sen dengan 7.52 juta saham bertukar tangan.

- BERNAMA

Berita Harian X