Selasa, 8 September 2015 | 2:15pm

Suspek tetak nenek hingga mati direman 7 hari

SAKSI kejadian, Endon Awang 51, menunjukkan lokasi kejadian Halimah Taib, 78 ditetak oleh cucunya. - Foto Rozainah Zakaria

KUALA TERENGGANU: Suspek kes tetak nenek di Kampung Surau Haji Daud, di sini, pagi semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Polis memperoleh perintah itu selepas Mahkamah Majistret Kuala Terengganu membenarkan suspek berusia 33 tahun direman bagi menjalankan siasatan berhubung kes bunuh neneknya yang berusia 78 tahun itu.

Perintah tahanan reman suspek sehingga 14 September ini dikeluarkan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, suspek menetak neneknya hingga mati hanya kerana tidak tahan mendengar leteran warga tua itu.

Mangsa, Halimah Taib yang ditetak tiga kali, satu di belakang tengkuk manakala dua lagi di leher, meninggal dunia di laman rumahnya.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X