Jumaat, 11 September 2015 | 11:04am

Najib umum Langkawi dijadikan pulau karbon rendah pertama negara


NAJIB diiringi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (kiri) tiba pada Majlis Pelancaran Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Pulau Langkawi akan dijadikan pulau karbon rendah yang pertama di negara ini. 

Perdana Menteri berkata, satu kajian kebolehlaksanaan pulau karbon rendah Langkawi 2030 sedang dijalankan dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dijadikan tanda aras perbandingan. 


PULAU Langkawi.


GUNUNG Halla di Pulau Jeju.

"Jika Langkawi boleh menjadi contoh untuk penggunaan tenaga diperbaharui, pengangkutan elektrik, pengurusan sisa dan bangunan hijau, ia akan memberi kesan berganda kepada industri tempatan selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan meningkatkan hasil pulau menerusi pelancongan hijau," katanya. 

Beliau berkata demikian pada perasmian Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau dan Eko di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Berita Harian X