Sabtu, 12 September 2015 | 12:02am

Kerabu jantung pisang sambal kelapa

 

KERABU jantung pisang sambal kelapa. - Foto Rohanis Shukri
KERABU jantung pisang sambal kelapa. - Foto Rohanis Shukri

POKOK pisang mempunyai banyak kegunaannya. Daripada buah, daun dan batangnya mempunyai manfaat tersendiri. Kebiasaannya buah pisang menjadi pilihan kerana boleh dimasak menjadi lauk atau pun digoreng.

  Daun pisang pula digunakan sebagai pelapik nasi lemak atau kuih muih. Sungguhpun begitu, jantung pisang agak sukar untuk diperolehi memandangkan kebanyakan jantung dibiarkan saja bagi menghasilkan buah pisang.

  Buah pisang kaya dengan anti oksidan, tidak ketinggalan juga jantungnya. Jantung pisang enak dijadikan sebagai ulam-ulaman pembuka selera. Di Jawa, ia disebut sebagai tuntut gedang atau ontong gedang.

  Khasiatnya bagus kepada mereka yang sedang berdiet kerana rendah lemak, rasa kenyang lebih lama berbanding makan nasi dan melancarkan pencernaan. Selain itu, mereka yang kencing manis juga digalakkan makan, bahkan bagus bagi individu yang mengalami masalah jantung, hati dan buah pinggang jika mengamalkannya.

  

Bahan-bahan

BAHAN yang digunakan untuk membuat kerabu jantung pisang sambal kelapa. - Foto Rohanis Shukri.
BAHAN yang digunakan untuk membuat kerabu jantung pisang sambal kelapa. - Foto Rohanis Shukri.

Jantung pisang direbus 100 gram
Kelapa parut 50 gram
Cili merah 50 gram
Ikan bilis 10 gram
Bawang merah 5 ulas
Garam
Gula

 

Cara penyediaan

 

1. Tumbuk bawang merah, cili merah dan ikan bilis hingga lumat. Kemudian masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga halus.

2. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian gaul bersama jantung pisang.

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X