Ahad, 13 September 2015 | 7:14pm
MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto REUTERS

Russia terus bekal senjata kepada Syria

MOSCOW: Russia akan terus menyalurkan peralatan ketenteraan kepada Syria, menurut laporan agensi berita Russia yang memetik Menteri Luar, Sergei Lavrov, sebagai berkata.

"Ia adalah peralatan ketenteraan, ia sedang disalurkan dan akan terus disalurkan. Ia akan disertai pakar Russia yang akan membantu menyediakan peralatan itu dan melatih anggota tentera Syria menggunakannya," kata Lavrov.

71 dibaca
Berita Harian X