Jumaat, 18 September 2015 | 6:45pm
Mohdamad Husaini Mahmur (kanan) menjadi Johan Tilawah Belia Asia Tenggara di Brunei. - Foto NSTP
Mohdamad Husaini Mahmur (kanan) menjadi Johan Tilawah Belia Asia Tenggara di Brunei. - Foto NSTP

Husaini juara Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Asia Tenggara di Brunei

KUALA LUMPUR: Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Husaini Mahmur muncul juara Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Asia Tenggara di Brunei, kelmarin.

Kejayaan itu membolehkan beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak BND5,000 (RM15,112) selain hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Pertandingan kali ketujuh itu turut menyaksikan seorang lagi wakil negara, Awatif Abd Majid berkongsi tempat ketiga dengan peserta tuan rumah, Awangku Adi Nazri Pengiran Haji Jofri.

Mereka menerima hadiah wang tunai sebanyak BND3,000 (RM9,061.81) selain hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula menjadi milik peserta Filipina, Kamaruddin Gunda Zaidon.

Bagi kategori qariah pula, peserta Filipina, Raihana Guamlod Ambangala muncul juara manakala peserta Indonesia, Munawaroh Tarmizi Ilyas di tempat kedua.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan sekali gus menyempurnakan majlis penutupan.

Yang turut mencemar duli ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu berakhir kelmarin dengan membabitkan 19 peserta dari sembilan negara, iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Thailand.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X