Sabtu, 19 September 2015 | 12:01am

Keistimewaan Pai Shepherd's

MAKANAN klasik British, Pai Shepherd's. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
MAKANAN klasik British, Pai Shepherd's. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

MAKANAN klasik British, Pai Shepherd's pernah diiktiraf antara 25 makanan terbaik dunia kira-kira lima tahun lalu.

Hidangan lazat ini dibuat menggunakan daging kambing kisar bersama kentang lenyek.

Selain mengenyangkan, pai ini sangat terkenal di Eropah meskipun terdapat jenis pai lain khususnya yang rasanya manis.

Diberi nama Sepherd's Pie sempena penggunaan daging kambing biri-biri yang diambil daripada perkataan gembala.

Selain itu, Pai Sherperd's ini juga dikenali sebagai pai kotej (cottage pie).

Terkenal sekitar abad ke-18 dalam kalangan pengembala kambing khususnya di Barat. Daging kambing cincang ditambah dengan lobak merah, daun Rosemary, tomato, kekacang bahan lain termasuk lada hitam dan susu segar.

Adunan ini kemudian dimasak untuk dijadikan lapisan bawah sebelum ditutup dengan kentang lenyek. Bakar dalam ketuhar gelombang mikro seperti biasa sebelum sedia dinikmati ketika masih panas.

Bahannya:

BAHAN-BAHAN asas untuk memasak Pai Shepherd's. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
BAHAN-BAHAN asas untuk memasak Pai Shepherd's. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

* 200 gram (g) daging kambing kisar

* 50 g tomato (buang kulit dan cincang halus)

* 20 g bawang besar (dipotong dadu)

* 20 g lobak merak (dipotong dadu)

* 10 g pes tomato

* 10 g jagung

* 10 g kacang pis

* 5 g bawang putih (dikisar)

* 5 g mentega

* 1 g daun rosemary (dihiris halus)

* 2 biji kentang (rebus dan lenyekkan)

* Sehelai daun salon

* Secubit serbuk buah pala

* Sedikit susu cair untuk lenyekkan kentang

* Keju parmesan

Cara penyediaannya

1. Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan pes tomato dan masak hingga sebati.

3. Masukkan daun rosemary dan daun salon untuk menaikkan bau dan biarkan ia masak sebati.

4. Tambahkan dengan daging kambing kisar, sedikit garam serta lada hitam.

5. Masukkan lobak merah, kacang pis, isi jagung dan biarkan seketika di dalam kuali. Kecilkan api dan ceduk ke dalam bekas lain.

6. Lenyekkan kentang yang direbus dengan menggunakan sudu hingga kentang berkenaan lembut. Tambahkan dengan susu cair.

7. Pindahkan kentang lenyek dan adunan daging kisar di tengahnya ke dalam mangkuk kecil. Kemudian, taburkan keju parmesan. (Masukkan ke dalam ketuhar mikro pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit).

Berita Harian X