Ahad, 20 September 2015 | 11:56am

PM Najib menghadap Sultan Johor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memasuki Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene Johor Bahru, untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memasuki Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene Johor Bahru, untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Bukit Serene, untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Najib tiba di perkarangan Gerbang Mahkota kira-kira jam 11.30 pagi menaiki kenderaan rasminya bersama beberapa lagi kenderaan pengiring.

BH dimaklumkan selepas pertemuan itu, Najib dan Sultan Ibrahim dijadualkan menghadiri satu majlis tertutup di Country Garden di sini yang turut dihadiri tetamu kehormat berpangkat Gabenor dari China.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X