Ahad, 20 September 2015 | 12:54pm

PM sejam di Istana Bukit Serene

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika keluar dari Istana Bukit Serene selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika keluar dari Istana Bukit Serene selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Bukit Serene, sebentar tadi selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, kira-kira satu jam.

Najib meninggalkan istana dan keluar menerusi pintu Gerbang Mahkota kira-kira jam 12.30 tengah hari menaiki kenderaan rasminya bersama beberapa lagi kenderaan pengiring.

BH dimaklumkan selepas pertemuan itu, Najib dan Sultan Ibrahim dijadualkan menghadiri satu majlis tertutup di Country Garden di sini yang turut dihadiri tetamu kehormat berpangkat Gabenor dari China.

Najib turut dijadualkan menghadiri majlis perasmian bangunan UMNO Muar, petang ini.

Berita Harian X