Isnin, 28 September 2015 | 11:44am
GERHANA bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah'. - Foto EPA
PENDUDUK di Boston, Massachusetts menyaksikan gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah', awal hari ini. - Foto AFP
GERHANA bulan penuh yang dirakam di Boston Harbor, Boston, Massachusetts, awal hari ini. Gerhana bulan penuh ini kali terakhir berlaku pada tahun 1982. - Foto AFP
GERHANA bulan penuh yang dirakam di Paris. - Foto REUTERS
GERHANA bulan penuh yang dirakam di Brighton, Britain. - Foto EPA
GERHANA bulan penuh yang dirakam di Belarus, lewat malam tadi. - Foto AP
GERHANA bulan penuh yang dirakam di Lecompton, Kanada. - Foto AP

Gerhana bulan penuh disaksi penduduk dunia hari ini

LOS ANGELES: Penduduk di seluruh dunia berpeluang menyaksikan peristiwa yang amat jarang berlaku di ruang angkasa, iaitu gerhana bulan penuh atau lebih dikenali sebagai 'bulan berdarah', awal hari ini.

Gerhana bulan ini berlaku apabila bulan berada di bahagian paling hampir pada orbitnya dengan Bumi, menjadikan ia kelihatan lebih besar dan lebih terang dan cerah di langit.

Gerhana "Super Moon' ini yang menjadikan bulan kelihatan berwarna merah boleh dilihat di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Barat dan Eropah Barat.

Fenomena ini kali terakhir dilihat pada 1982 dan dijangka tidak akan berlaku sehingga tahun 2033 nanti.

Kejadian ganjil ini terus dibahaskan dalam kalangan ahli astronomi.

Sementara itu, pemerhati di bahagian barat Amerika Utara, seluruh negara Eropah dan Afrika, Timur Tengah dan Asia Selatan dijangka dapat melihat gerhana separa.

Di United Kingdom, pemerhati menyaksikan bulan melalui bayang-bayang Bumi pada awal pagi tadi manakala di Amerika Utara dan Selatan gerhana dilihat pada petang semalam.

Fakta gerhana bulan

- Gerhana bulan berlaku apabila Bumi berada pada jarak paling minimum dari planet kita.

- Saiz bulan akan kelihatan 7 hingga 8 peratus lebih besar di langit.

- Bulan kelihatan berwarna gerhana ketika gerhana bulan penuh, yang membawa kepada nama samarannya, 'Bulan Berdarah'.

- Ini kerana atmosfera Bumi memancarkan lebih kuat cahaya biru daripada cahaya merah, sekali gus menyebabkan cahaya merah sampai ke permukaan bulan.

- Ketika gerhana ini berlaku, bulan terletak di hadapan bintang buruj Taurus.

- Agensi

28 dibaca
Berita Harian X