Selasa, 29 September 2015 | 9:10am

Zahid terima kunjungan pemimpin negara ASEAN sempena AMMTC

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan ucapannya sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN ke-10 mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC). - Foto Yazit Razali
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan ucapannya sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN ke-10 mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC). - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini menerima kunjungan hormat pemimpin negara ASEAN sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN ke-10 mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC).

Antara yang hadir ialah Menteri Tenaga Brunei, Pehin Daro' Muhammad Yasmin Umar; Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Kemboja, Em Sam An; Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Badrodin Haiti; Menteri Keselamatan Awam Laos, Brigadier Jeneral Polis Somkeo Sylavong; Timbalan Menteri Dalam Negeri Myanmar, Kyaw Kyaw Tun.

Setiausaha Timbalan Menteri Filipina, Peter Irving C Corvera; Menteri Dalam Negeri II dan Perhubungan Antarabangsa Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Sute Markboon; Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Tran Dai Quang dan Timbalan Setiausaha Kanan ASEAN, Hirubalan Veluppilla Ponnudura.

Selain itu, tiga rakan dialog ASEAN turut hadir iaitu Menteri dan Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan Jepun, Eriko Yamatani; Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Chen Zhi Min dan Presiden Institut Kehakiman Korea, Lum Jung Hyuk.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menggunakan peluang selama 30 minit untuk berbincang mengenai isu semasa seperti jerebu dan ekonomi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X