Rabu, 30 September 2015 | 11:46am

Mesyuarat AMMTC memasuki hari ketiga

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) dan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim pada mesyuarat Perundingan China + AMMTC kali ke-4 dan majlis penutupan hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) dan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim pada mesyuarat Perundingan China + AMMTC kali ke-4 dan majlis penutupan hari ini. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) dan mesyuarat berkaitan memasuki hari ketiga hari ini.

Mesyuarat bermula pada 8.30 pagi dengan perundingan AMMTC + 3 kali ke-7 dengan anggota delegasi terlibat dalam satu lagi sesi untuk membincangkan isu berkaitan jenayah rentas sempadan.

Sesi pagi ini dipengerusikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau turut dijadual mempengerusikan Perundingan China + AMMTC kali ke-4 dan majlis penutupan pada tengah hari ini.

AMMTC dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung empat hari sejak Isnin lepas akan disusuli dengan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) pada Jumaat.

AMMTC yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam dijangka menerima pakai dua deklarasi iaitu Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Pergerakan Luar Biasa Manusia di Asia Tenggara.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X