Khamis, 1 Oktober 2015 | 9:37pm

16 kawasan masih catat IPU tidak sihat setakat 7 malam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kawasan seluruh negara masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini dengan bacaan tertinggi di Pelabuhan Klang, iaitu 131.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar hari ini, kawasan lain ialah di Port Dickson (130); Bukit Rambai (123); Pasir Gudang (122); Bandaraya Melaka dan Shah Alam (119).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kota Tinggi dan Banting (118); Nilai (116); Batu Muda, Kuala Lumpur dan Seremban (110); Putrajaya dan Larkin Lama (107); Petaling Jaya (106); Kuala Selangor (104) dan Samarahan (103).

Sebanyak 26 kawasan mencatat IPU sederhana termasuk Sri Manjung (94), Seberang Jaya 2 (89); Cheras, Kuala Lumpur (95); Muar (93); Kampung Air Putih, Taiping (84); Jerantut (83) dan Perai (77).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Berita Harian X