Sabtu, 3 Oktober 2015 | 7:42pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada sambutan Hari Malaysia di Ekspo Milano di Milan, Itali, sebentar tadi. - Foto Zaharah Othman
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada sambutan Hari Malaysia di Ekspo Milano di Milan, Itali, sebentar tadi. - Foto Zaharah Othman

PM lancar sambutan Hari Malaysia di Ekspo Milano 2015

PAVILLION Malaysia yang mempamerkan pelbagai produk tempatan sempena Expo Milan 2015 berjaya menarik purata 15,000 pengunjung setakat ini.
- Foto BERNAMA
PAVILLION Malaysia yang mempamerkan pelbagai produk tempatan sempena Expo Milan 2015 berjaya menarik purata 15,000 pengunjung setakat ini.
- Foto BERNAMA

MILAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan sambutan Hari Malaysia di Ekspo Milano di sini pada Sabtu.

Sambutan itu, dianjurkan oleh penganjur ekspo untuk negara-negara yang mengambil bahagian dalam ekspo terbesar dunia itu yang diadakan setiap lima tahun sekali, turut dihadiri Menteri Alam Sekitar, Daratan dan Laut Itali, Luca Galletti.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Najib dalam ucapannya berkata, Pavilion Malaysia di ekspo itu, dalam bentuk empat biji benih, mencerminkan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara, untuk mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi secara inovatif, mapan dan mesra alam sekitar.

Beliau juga berkata reka bentuk itu diilhamkan daripada biji benih yang terdapat di hutan hujan Malaysia, yang mana adalah sebahagian penting kekayaan biodiversiti negara, daripada hutan-hutan dara hingga pulau-pulau indah, kawasan tanah tinggi yang dingin dan ekosistem yang mewujudkan banyak flora dan fauna unik. - BERNAMA

Berita Harian X