Ahad, 4 Oktober 2015 | 1:41pm

Tiga landasan lapangan terbang dibuka semula - MAHB


KEADAAN jerebu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang ditutup sementara selama tiga jam antara jam 7 hingga 10 pagi tadi berikutan jerebu dan jarak penglihatan terhad. - Foto Supian Ahmad

KUALA LUMPUR: Landasan di tiga lapangan terbang kini dibuka semula dan beroperasi seperti biasa, menurut kenyataan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam laman Twitternya, hari ini.

Lapangan terbang terbabit ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang yang ditutup sementara setelah jarak ketampakan rendah akibat jerebu tebal.

Sementara itu, jurucakap MAHB Ahmad Shahreen Ramli berkata operasi di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang penutupan dibuat.

"Saya menasihatkan para penumpang agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. - BERNAMA

62 dibaca
Berita Harian X