Selasa, 6 Oktober 2015 | 4:27pm

Jerebu tebal dijangka berkurangan sehingga 11 Oktober ini

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Jerebu tebal yang melanda negara ketika ini dijangka semakin berkurangan sehingga 11 Oktober ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata ini disebabkan keadaan cuaca akan menjadi lebih lembap serta berlakunya tiupan angin lemah disebabkan Ribut Tropika (Mujagae) yang mula memasuki kawasan daratan dan mempengaruhi arah tiupan angin.

Wan Junaidi berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Membincangkan Keadaan Jerebu Yang Melanda Negara, di kementeriannya, di sini sebentar tadi.

Berita Harian X