Selasa, 13 Oktober 2015 | 9:59am
BEKAS Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin tarik balik 'habeas corpus' cabar penahanan bawah SOSMA

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik permohonan 'habeas corpus' bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012.

Permohonan habeas corpus itu berikutan ia kini bersifat akademik selepas beliau didakwa di mahkamah semalam.

Perkara itu dimaklumkan peguam bela, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam prosiding di Mahkamah Tinggi, pagi ini.

Sehubungan itu, Hakim Kamardin Hashim membenarkan permohonan Mohamed Haniff dan membatalkan permohonan habeas corpus itu.

Semalam Khairuddin dan peguam, Matthias Chang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dakwaan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Berita Harian X