Isnin, 19 Oktober 2015 | 11:05pm

Keadaan jerebu di Riau capai tahap sangat bahaya

PENCEMARAN udara di Riau kini dilaporkan berada pada tahap sangat berbahaya dengan jarak penglihatan hanya sekitar 50 meter. - Foto REUTERS
PENCEMARAN udara di Riau kini dilaporkan berada pada tahap sangat berbahaya dengan jarak penglihatan hanya sekitar 50 meter. - Foto REUTERS

PEKAN BARU: Pencemaran udara di Riau kini dilaporkan berada pada tahap sangat berbahaya dengan jarak penglihatan hanya sekitar 50 meter.

Laporan media tempatan menyebut keadaan itu menyebabkan aktiviti di seluruh Riau hampir lumpuh dengan penutupan lapangan terbang, sekolah dan pusat beli-belah serta sebahagian syarikat.

Mengikut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofiska (BMKG), setakat ini pencemaran udara di kota itu adalah yang terburuk di seluruh Indonesia.

Antara kawasan di Riau yang mencatatkan paras udara berbahaya adalah Panam, Kulim, Sukajadi, Rumbai, Kabupaten Siak, Minas dan Kota Dumai.

Ketua BMKG Pekanbaru, Sugarin, berkata jarak penglihatan di Rengat, daerah Indragiri Hulu hanya sekitar 50 meter, manakala

di Pekanbaru dan Pelalawan, 100 meter.

Jerebu teruk itu turut menukar warna pemandangan menjadi kekuningan dan dilaporkan sangat berbahaya kepada kanak-kanak serta golongan yang berpenyakit. - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X