Selasa, 20 Oktober 2015 | 12:02am

Lebuh raya Malaysia antara terbaik di Asia

SISTEM lebuh raya di Malaysia diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Asia, selepas Jepun dan China. - Foto Muhammad Sulaiman

SISTEM lebuh raya di Malaysia yang meliputi jarak 2,000.58 kilometer (km) ketika ini, diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Asia, selepas Jepun dan China.

Penarafan yang melonjak kegemilangan Malaysia, sekali gus memacu sektor penjana ekonomi seperti pelancongan, pendidikan dan hartanah itu, antara lain menggamit sejarah tersendiri.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur adalah lebuh raya yang pertama dibina di negara ini.

Malah, projek yang dibiayai Bank Dunia pada tahun 1974 itu kini mencatatkan rekod pengguna harian paling tinggi iaitu lebih 30,000 kenderaan pada waktu puncak.

Sejarah Lebuhraya Persekutuan sejauh 45 km, bermula sejak pemisahan Singapura dari Malaysia yang menyebabkan kerajaan menjadikan Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) sebagai pelabuhan utama negara menggantikan Pelabuhan Singapura.

Kini, komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti kemudahan asas, terutama jalan di negara ini yang menjadi penghubung 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung, selain Sabah serta Sarawak terus menjadi keutamaan.

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), empat lebuh raya diberi keutamaan untuk disiapkan iaitu Lebuhraya Pan Borneo, Central Spine Road, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Membabitkan anggaran kos projek berjumlah RM13.44 bilion, empat lebuh raya berkenaan kini dalam pelbagai fasa pembinaan untuk manfaat rakyat.

# 31 lebuh raya beroperasi

-merangkumi jarak 2,000.58 kilometer

Lebuhraya Sungai Besi (E9)

Besraya (M) Sdn. Bhd.

Terowong SMART (E38)

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd.

Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) (E22)

Senai-Desaru Expressway Berhad

Lebuhraya Kajang Seremban (E21)

Lebuhraya Kajang - Seremban Sdn. Bhd.

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (E3)

Linkedua (M) Sdn. Bhd. (LINKEDUA)

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (E17)

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd

Lebuhraya Koridor Guthrie (E35)

PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd.

Lebuhraya Hubungan Timur Barat (E37)

Metramac Corporation Sdn Bhd

Jambatan Pulau Pinang (E36)

Penang Bridge Sdn. Bhd.

Lebuhraya Shah Alam (E5)

Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (KESAS SDN BHD)

Lebuhraya Kajang - Seremban (E21)

Lebuhraya Kajang - Seremban Sdn. Bhd.

Lebuhraya KL - Putrajaya (E20)

Maju Expressway (MEX) Sdn. Bhd

Lebuhraya Butterworth - Kulim (E15)

Konsortium Lebuhraya Butterworth - Kulim Sdn Bhd (KLBK SDN BHD)

Lebuhraya Seremban-Port Dickson (E29)

Plus Expressway Berhad

Lebuhraya Cheras-Kajang (E7)

Syarikat Grand Saga Sdn. Bhd.

Lebuhraya Damansara-Puchong (E11)

Lingkaran Transkota Holdings Bhd. (LITRAK)

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat (E23)

Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (SPRINT)

Lebuhraya Baru Pantai (E10)

New Pantai Expressway Sdn. Bhd.

Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA)(E13)

Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd

Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 1) (E8)

MTD Prime Sdn. Bhd.

Lebuhraya Bertingkat Ampang (E12)

Projek Lintasan Kota Sdn Bhd

Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8)

MTD Prime Sdn Bhd

Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL)(E14)

MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd.

Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (KLKS)(E25)

Lebuhraya assam Jawa Taman Rimba Sdn. Bhd.

Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)(E26)

SKVE Holding Sdn. Bhd.

Lebuhraya Kajang SILK (E18)

Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn. Bhd (SILK)

Lebuhraya Duta Ulu Kelang (E33)

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (KESTURI)

Lebuhraya Utara Selatan (Terbuka)(E1)

Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd. (PLUS)

Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (E30)

Lebuhraya Shapadu Sdn. Bhd.

Lebuhraya Utara Selatan (E1 & E2)

Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad

Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE) (E33)

# Lebuh raya dalam perancangan

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) - 59 kilometer

Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) - 47 kilometer

Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) - 24.2 kilometer

#Lebuh raya dalam pembinaan

Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 2 - 16 kilometer

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) - 233 kilometer

#Lebuh raya dalam fasa perjanjian konsesi

Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 3

Lebuhraya Putrajaya - KLIA

Lebuhraya Serdang, Kinrara dan Putrajaya (SKIP)

Lebuhraya Sepang-KLIA (SPKLIA)

#Projek diutamakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

Lebuhraya Pan Borneo

Central Spine Road

Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

* Lebuhraya Pan Borneo (Sarawak)

- Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) ditandatangani pada 30 Jun 2015

- Projek pembinaan Simpang Nyabau - Simpang Bintulu, dimulakan pada 31 Mac 2015, jarak 43 kilometer

- Jajaran Teluk Melano-Sematan, jarak 33 kilometer, dimulakan 15 September 2015

- Fasa 1: Sematan-Miri, jarak 746 kilometer, dijangka bermula Januari 2016

- Fasa 2: Belum dimuktamadkan.

* Lebuhraya Pan Borneo (Sabah)

- Dalam proses penyediaan memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan prinsip.

* Central Spine Road

Kuala Krai - Sg Lakit - Gua Musang, Kelantan - Kg Relong, Kuala Lipis - Raub - Bentong - Simpang Pelangai, Pahang

Panjang keseluruhan: 390 kilometer

Kos projek: RM6.6 bilion

* Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai

Wakaf Che Yeh - Pasir Hor - Kadok - Ketereh - Kok Lanas - Machang - Kuala Krai

Jarak: 61.47 km

Kos: RM1.8 bilion

* Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Banting - Kapar - Assam Jawa - Tanjung Malim - Hutan Melintang - Teluk Intan - Kg Lekir - Setiawan - Kinta - Beruas - Trong-Changkat Jering

Jarak: 233 km - Selangor (93km) dan Perak (140km).

Kos: RM5.04 bilion

Perjanjian konsesi ditandatangani pada 2 Januari 2013

Pembinaan bermula sejak suku kedua 2014

Dijangka siap Ogos 2019

Berita Harian X